New Zealand - 2014 ( Bhg 1:5 ).


New Zealand 

Tahun ini saya dan rakan-rakan mengembara ke negara Kiwi yang sememangnya  terkenal dengan pemandangan yang sangat indah. Bukan sahaja terkenal dengan sukan Rugbi nya, New Zealand yang mempunyai penduduk seramai 4.5 juta orang merangkumi keluasan 268,00 km persegi sebenarnya agak besar dari saiz United Kingdom dan sedikit kecil daripada negara Terbit Matahari iaitu Jepun. Anggaran penduduknya hanyalah sebanyak 14 orang bagi setiap kilometer persegi jika dibandingkan dengan United Kingdom iatu sebanyak 240 orang. Sedikitkan?


New Zealand terbahagi kepada dua Pulau utama iaitu North Island dan South Island. Jaraknya dari utara hinggalah ke selatan sepanjang lebih kurang 1600 km. North Island amat berbeza dibandingkan dengan South Island dari segi cuaca serta landskapnya. North Island lebih kepada suasana persekitaran 'Volcano' berbukit-bukit serta persisiran pantai yang agak panas manakala South Island pula lebih kepada Pergunungan Alps, Glasier, Fiords, Tasik-tasik Besar serta sungai-sungainya yang sangat indah.

Asalnya rancangan kami hanyalah menumpukan pengembaraan di North Island sahaja disebabkan oleh masa kami yang singkat. Tetapi setelah membuat pertimbangan dari segi tarikan yang lebih di South Island, maka kami berubah fikiran untuk mengembara ke South Island. Lagipun kos yang dikira adalah sama seperti sebelumnya. Bak kata pepatah pengunjung yang penah ke sini, kalau pergi ke New Zealand tak sampai ke selatannya, tak lihatlah New Zealand yang 'sebenarnya'..Hehehe..

Catatan kami bermula.....

Khamis (30.10.14)

Hari 01. (Kuala Lumpur - Auckland).


Kami berkumpul seawal jam 0530 pagi di KLIA.
Cuaca baik dan kami mulakan sarapan

kami sebaik sahaja selesai Solat Subuh. Selesai sahaja daftar masuk pada jam 0645 pagi, mula bergerak ke Terminal C. Seperti penumpang yang lainnya juga, kami melayan masa sementara menunggu pintu perlepasan kami dibuka. Penerbangan kami MH133 berlepas pada pukul 0855 pagi dan tiba pula pada 0005 pagi keesokannya. Memang meletihkan hehe...

          
* Suasana di ruang menunggu perlepasan.
Bagi pengembara yang sudah biasa dengan perjalanan jauh begini kebiasaaannya mereka telah merancang untuk memenuhi masa mereka sepanjang perjalanan ini. Jadi bagi yang tak pernah lagi tu, kenalah fikir untuk melakukan sesuatu selain dari tidur. Disebabkan kami pergi bertiga, jadi kami pastikan tempat duduk kami berhampiran di antara satu dengan lain serta berdekatan dengan tandas. Senanglah kalau asyik naik buang air. Tak perlu berjalan jauh sangat. Cuma yang saya rasakan kesesuaian pilihan tempat duduk juga penting disebabkan bunyi bising dari bahagian enjin pesawat juga kekadang kedengaran mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca di ruang udara negara yang berbeza (Teori saya hehehe..).



* Ruang ketibaan Auckland Int Airport

Ketibaan kami di Auckland pada pagi itu disambut dengan suhu serendah 12 darjah Celcius. Waah.. dah rasa sejuk sepanjang penerbangan ditambah lagi kesejukan semulajadi seawal jam hampir satu pagi. Inilah yang dikatakan cabaran pertama kami.




Pada mulanya saya agak risau bila mendapati seorang daripada rakan kami tidak kelihatan setelah selesai urusan pengambilan barang serta pemeriksaan oleh Pihak Imigresen. Takut-takut isu makanan atau dokumen yang jadi halangan. Rupa-rupanya sedikit salah faham tentang urusan masuk. Kalau boleh tu, biarlah jalan bersama terutamanya sewaktu melewati pemeriksaan Imigresen. Sekurang-kurangnya bolehlah 'back-up' kalau ada masalah..


* Ruang legar ketibaan

Salah satu isu biasa yang kita dengar tentang orang Muslim terutamanya dari Malaysia ni bila nak bertandang ke negara orang ialah pasal makanan. Mmmm...Sememangnya kami tahu bahawa keperluan makanan yang dibawa masuk ke negara ini amatlah ketat terutamanya makanan yang dibungkus sendiri atau 'Homemade'. Segala jenis tumbuh-tumbuhan serta tanaman luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini. Sistem 'scanning' di sini begitu ketat sekali. Apa yang pasti makanan seperti Mee Maggi, Roti, Biskut serta kek tidak menjadi masalah semasa pemeriksaan dibuat. Kami pernah diberitahu oleh rakan sebelum pergi yang makanan nak dibawa masuk ni memang ada saja masalah menanti...Alhamdulillah... segalanya lancar. Haaa....Adakala tu nasihat orang berguna tapi kadang-kadang tu taklah seperti yang di sangka. So inilah bezanya jika kita sendiri yang pergi. 

Cerita tentang ketibaan kami...


* Backpacker Airport Motel

Pada asalnya kami bercadang untuk berehat di Lapangan Terbang Auckland sahaja sementara menunggu penerbangan seterusnya iaitu pada keesokan paginya (menghala ke South Island). 


Setelah memikirkan soal keletihan, rancangan pula di tukar untuk menginap di Backpacker Motel yang berdekatan. Apa yang saya lihat melalui website Hostel yang terdekat adalah sekitar 4 kilometer sahaja dari lapangan terbang. Ingatkan nak berjalan kaki sahaja takut-takut perkhidmatan awam tak mungkin ada lagi. Memang ada perkhidmatan teksi rupanya tetapi kos perkhidmatan adalah dua kali ganda dan jaraknya pula hanyalah beberapa kilometer sahaja. Bukan tu saja, suhu pada waktu itu hampir 4 darjah Celcius!  Macam tak berbaloi rasanya. Jadi nak tak nak kami tempah penginapan sebelum berangkat. Mujurlah ada khidmat Airport Shuttle percuma.


* Ruang tidur memadai untuk lepaskan kepenatan semalaman.


* Airport Shuttle
Setelah selesai urusan barang-barang, kami tiba di bilik jam 02 pagi dan tidur pada jam 03 pagi.Bukan kami saja yang tiba waktu tu, ada beberapa orang pengembara dari luar negara lain pun bersama kami. Seterusnya esok, kami menyambung semula perjalanan pada  jam 0830 pagi. Zzzz......



Memang teruja dengan perkhidmatan Airport Shuttle yang disediakan untuk penghantaran ke Hostel meskipun seawal jam 1 pagi tetapi mesti ingat, jangan lupa untuk maklumkan sewaktu penempahan secara online. Sangat penting...



* Mercu tanda Hostel Kediaman


“Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)






Jumaat (31.10.14)

Hari 02 (Auckland - Christchurch).


* Menunggu kenderaan Shuttle ke Airport bersama rakan.

Setelah selesai bersarapan kami pun 'Check out' dan menunggu kenderaan Shuttle untuk ke Lapangan Terbang Domestik menuju ke Christchurch.

Penerbangan kami menggunakan Jetstar Airlines JQ249 berlepas pada pukul 1220 tengahari dan sampai pada pukul 0145 petang. 
* Terminal Domestik
Meskipun ruang legar kurang besar tetapi pengunjung Terminal Domestik tetap ramai. Jarak Lapangan terbang ini dengan Lapangan Terbang Antarabangsanya hanyalah kurang dari satu kilometer dan ruang pejalan kaki juga disediakan. Perkhidmatan Airport Transfer dari Terminal Domestik ke Antarabangsa disediakan dengan percuma. Pastikan tunggu pada hentian yang ditetapkan serta menaiki Bas shuttle yang betul.


* Tempat menunggu Airport Transfer 

Dari pengamatan saya secara peribadi, Industri pelancongan di New Zealand sememangnya menjadi tumpuan utama selain dari Pertanian, berdasarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan secara percuma sangat banyak. Sebagai contoh, paparan peta-peta, perkhidmatan telefon serta berbagai-bagai panduan disediakan kepada pengunjung membuatkan plan perjalanan mereka menjadi lebih mudah.


*Ruang Daftar Masuk (Low Cost Carrier).
* Ruang merokok disediakan di kawasan lapang.



Sistem perhubungannya meskipun tak banyak tapi pada saya ianya begitu sistematik. Perancangan yang baik menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini. Suatu permulaan perjalanan yang baik untuk kami. Alhamdulillah....


* Banjaran Alps Selatan kelihatan jauh sebelum kami mendarat 
Tepat jam 0145 petang kami tiba di Lapangan Terbang Christchurch.



Seperti yang dirancangkan, agen sewaan kereta kami tiba di Lapangan Terbang sebaik sahaja kami selesai memunggah keluar beg-beg. Selesai urusan dokumen sewaan kereta, kami bergerak dan 'check-in' di Asure Bush Inn Court Motel, Christchurch.


* Tiba dari Auckland.
Setibanya kami di Motel, selesai menjamakkan solat serta mengemaskan

* Kenderaan sewaan kami
barangan dan beristirehat untuk beberapa jam, kami keluar untuk membeli makanan sebagai bekalan untuk hari-hari yang berikutnya. Suasana persekitaran di Motel tersebut membuatkan kami berasa seolah-olah berada di Malaysia disebabkan suasana yang tenang, cuaca panas dingin serta tiupan angin yang berterusan.Betul-betul teruja...



* Penginapan untuk semalam di Christchurch. Seolah-olah di Malaysia..hehe..



* Bilik kami di tingkat atas.






* Ruang Istirehat


* Bersiap untuk membeli makanan

Kami menghabiskan masa petang berikutnya dengan bersiar-siar di kawasan sekitar Bandar Christchurch. Sempat singgah di salah satu Kedai Kebab. Harga jualan  sekitar NZD12.50 dan amat berbeza jika nak dibandingkan dengan di Malaysia. Saiznya yang agak besar dan tak mampu nak habiskan. Memang best..




* Menunggu pesanan Kebab
Malam itu kami tidur awal bagi menghilangkan kepenatan sebelum memulakan pengembaraan yang penuh dengan kejutan. Apa yang pasti perjalanan sehingga hari kedua ini benar-benar menyeronokkan. Pasti hari-hari seterusnya lebih berwarna warni. Kita lihat nanti....





Bersambung..... New Zealand - 2014 ( Bhg 2:5 ).











No comments:

Post a Comment