New Zealand - 2014 ( Bhg 4:5 ).



Ahad ( 03.11.14 )

Hari Ke - 05 ( Queenstown - Milford Sound - Lake Te Anau - Queenstown).

Kami bergerak 
seawal jam 0700 pagi sebaik sahaja selesai sarapan ringkas. Hari ini kami merancang untuk melawat suatu kawasan yang sangat terkenal dengan permandangan yang sangat indah iaitu 'Milford Sound'.
Perjalanan dari Queenstown ke Milford Sound ini agar jauh iaitu sekitar 290 km yakni memakan masa hampir 4 jam lamanya. Itupun bergantung dengan cuaca serta keadaan jalanraya yang mungkin ditutup atas sebab-sebab keselamatan.


* Suasana pagi pesisir tasik berhampiran dengan pekan Queenstown


Difahamkan cuaca pada hari itu adalah hujan dikebanyakkan tempat termasuklah di MS sendiri. Kebiasaannya pengunjung yang akan melawat MS akan memeriksa perkembangan cuaca yang dipaparkan melalui tablet masing-masing ataupun melalui skrin paparan di outlet agen-agen pelancongan sekitar Bandar Queenstown. Kami pula sudah tahu mengenai cuaca yang tidak begitu baik pada hari itu dan telah disarankan untuk pergi pada keesokkan harinya. Atas sebab-sebab jadual yang sangat ketat, kami hanya tawakkal jerr...

* Kebanyakkan Hotel serta Penginapan sekitar Tasik Wakatipu


* Pemandangan Indah Tasik Wakatipu bertentangan Hostel Penginapan kami.

* Tasik Wakatipu.

* Pekan Queenstown.


* Pelantar Skydive kelihatan dari pesisir Tasik.

* Queenstown bandar Sukan Ekstrem.

* Jeti untuk menaiki 'Cruise' atau JetBoat.

* Hostel Penginapan kami.


Perjalanan kami dimulakan sebaik sahaja selesai sarapan pagi. Sepanjang perjalanan ke MS cuaca hujan mengiringi kami. Agak sukar bagi kami untuk berhenti seta mengambil gambar hinggalah kami tiba di National Park Area.

*Setibanya di kawasan Mt Christna (2502 m).

* Memasuki Homer Tunnel (1.2 km) laluan sehala.
* Misi tercapai.




* Pintu Masuk kawasan Milford Sound.




* Kaunter pembayaran Cruise.


* Feri Pelancung.



* Sebahagian Pelancung dari Itali bersama kami.



* Cruise Captain.

* Dek kafe 
            

















"Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang- pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan " 

(Surah Ar Ra'd Ayat - 03 ).













Meskipun cuaca agar hujan di sepanjang lawatan kami di Milford Sound ini..kami tetap bersyukur kerana berjaya tiba di sini yang mana telah diketahui sebgai salah satu tempat 'Keajaiban Dunia'... Bagi anda yang ingin ke sini disarankan agar mempastikan cuaca pada hari tersebut baik mengikut ramalan cuaca dari maklumat kaji cuaca pihak tempatan.

* Terminal Bas di Jeti bersedia membawa pelancung pulang.





* menuruni kawasan pergunungan.

Kami pulang ke Queenstown jam 0440 petang dari MS dengan cuaca yang agar buruk. Jalan yang agak licin membuatkan pemanduan kami agak perlahan. Tiba di Queenstown sekitar jam 0830 malam. 

bersambung... 
New Zealand - 2014 ( Bhg 5:5 ) Final.

No comments:

Post a Comment