New Zealand - 2014 ( Bhg 3:5 ).




Sabtu ( 02.11.14 )

Hari Ke - 04 ( Mt Cook - Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)

Pagi selesai sarapan kami bersiap sedia untuk berangkat ke destinasi seterusnya. Cuaca hujan dan kabus tebal menyelubungi seluruh kawasan penginapan kami. Cuaca disini sebenarnya sukar diramal. Sekejap panas..sekejap berangin..dan macam-macam. So, tak tunggu lama kami terus jalan... 



* perlahan-lahan menyusur keluar ke jalan utama

* Ais gunung mencair membentuk tasik
Hari ni jarak perjalanan perjalanan kami dianggarkan lebih kurang 300 km ( 3 jam jika memandu tanpa henti). Kami merancang untuk bermalam di Queenstown disebabkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Memandangkan perjalanan kali ini  akan merentasi bukit bukau serta cuaca hujan yang diramalkan di beberapa tempat, kami bercadang untuk berehat di beberapa tempat yang sesuai dengan masa yang mungkin agak panjang dari kebiasaannya.
* Berhenti seketika 





Perjalanan kami tengahari itu diteruskan meskipun cuaca hujan. Tiada banyak perkara yang dapat dilakukan. Hanya mengharap cuaca kembali cerah.























Akhirnya setelah menempuh hujan serta angin kencang beberapa jam kemudian  kamipun berhenti seketika. Waaa....lega rasa...

* Penat.. charge udara skit..haha..









Kami singgah sebentar di satu pekan kecil Omarama sebaik sahaja keluar dari kawasan Taman Negara. Macam pekan moden ala-ala cowboy. Sempat juga minum Hot Coffee dan Chocolate di situ. haha...


* Minum Kopi sambil Isi minyak kereta.

* Mercu tanda Pekan Omarama - NZ merino Sheep.

* Suasana begitu tenang

* Cantik..
Setelah menghabiskan beberapa cawan kopi, tepat jam 0245 petang kami mula beredar dan menetapkan haluan ke Bandar Wanaka. Sebenarnya untuk ke Queenstown, kami perlu menggunakan State Highway 8 tetapi disebabkan kami ingin singgah ke Bandar Wanaka, kami terpaksa mengubah laluan yang melalui jalan pintas penuh dengan bukit-bukit tinggi.








Di Wanaka ni salah satu tarikannya ialah Puzzling World. Kawasannya tidah besar sangat tetapi penuh dengan pemainan minda serta binaan-binaan yang unik di dalamnya. 


* Cuaca hujan sukar untuk buat aktiviti luar..




* Cafe Istirehat

Kebanyakkan masa kami terhad untuk aktiviti luar disebabkan cuaca hujan yang tidak mengizinkan kami untuk meninjau kawasan luar permainan. Di Indoor area terdapat Cafe, ruang istirehat keluarga, mini studio, kedai cenderahati dan berbagai-bagai kemudahan untuk pengunjung ke sini. 





* Roman Toilet

* Boleh ke nie ??
Sebaik sahaja hujan berhenti, perjalanan diteruskan.


* Wakiki District.












Kami tiba di Bandar Queenstown lewat petang pada jam 0700 dalam keadaan hujan yang berterusan. Pada mulanya kami merasa agak gusar dengan Hostel yang kami tempah disebabkan keadaan yang agak mewah (tak nampak macam Hostel langsung). Disebabkan keadaan hujan serta keletihan yang kami rasai menyebabkan kami tidak berasa berbelah bagi untuk mendapatkan kepastian tentang tempahan itu. Rupa-rupanya apa yang kami ragukan itu sememangnya benar. Memang itulah tempat penginapan kami cuma ianya berada di Blok bahagian belakang bangunan



* The Ridge Backpacker Hostel & Hotel waktu malam..
* Bilik





Selepas solat serta mengemas barang-barang kami pun bersiar siar di pinggir tebingan tasik berjalan kaki menuju ke pusat bandar yang cuma berdekatan dengan tempat penginapan kami (1km). Cuaca pada waktu itu sekitar 8 darjah celcius. Air minuman tin yang saya bawa sewaktu itu tidak dapat dipegang dengan tangan mudah disebabkan suhu persekitaran yang sangat sejuk (Tak payah pakai Fridge pon...).



*  Pemandangan dari tempat letak kereta 
* Service Apartment, hotel-hotel serta rumah persendirian yang menggadap Tasik Wakatipu.

* Tasik Wakatipu. 









Jam 0800 malam suasana di jalanraya serta tebing tasik agak sepi sedikit (cuaca sejuk). kebanyakan penduduk di sini menghabiskan masa mereka di Kelab-kelab malam atau Bar-bar kecil di sekitar kawasan bandar. Bagi kami pula, masa yang ada kami gunakan untuk bersiar-siar sambil menikmati suasana yang begitu indah yang tak mungkin kami rasai bersama lagi. 



* Jeti Bot

Bersambung..... New Zealand - 2014 ( Bhg 4:5 ).




No comments:

Post a Comment