New Zealand - 2014 ( Bhg 2:5 ).



Jumaat ( 01.11.14 )

Hari Ke - 03 ( Christchurch - Ashburton - Fairlie - Mt Cook )

Selesai Solat kami bersarapan bersama dan menyiapkan bekalan sebelum memulakan perjalanan sepanjang 332 km bersamaan dgn 4 jam (tidak termasuk masa singgah. Cuaca pagi itu cerah seolah-oleh menerima kedatangan kami dengan ceria. Alhamdulillah... 


* Bersedia untuk pemanduan
Suasana perjalanan agak lancar cuma pergerakan agak perlahan sekitar bandar-bandar utama. Jalan kurang sibuk apabila melepasi bandar atau pekan-pekan kecil sepanjang perjalanan. Saya difahamkan kadar kelajuan di sini hanyalah 80 km/jam maksimum di kawasan bandar manakala di kawasan luar bandar pula cuma 100 km/jam. Banyak perkara saya baca mengenai pemanduan kenderaan di negara ini sebelum tiba dan beberapa tips dari artikel-artikel dalam internet juga banyak membantu saya memahami sedikit sebanyak selok belok perjalanan.


* bergerak keluar dari bandar Christchurch







* Jalan yang lenggang sebegini adalah suasana biasa
South Island ni bentuk mukabuminya agak unik. Di sebelah pantai baratnya mendatar manakala di sebelah timurnya pulak bergunung ganang serta berbukit-bukit. Ekonomi lebih tertumpu kepada sebelah barat. Faktor cuaca serta mukabumi inilah yang memainkan peranan yang besar menyebabkan penduduknya lebih tertumpu kepada pantai barat yang juga sinonim dengan gelaran 'Dataran Canterbury' (teringat waktu kelas Geografi sewaktu tingkatan 4.. memang cukup suka dengar cerita Cikgu pasal Dataran nie..hehe..).


* permandangan biasa sewaktu pagi di pinggir jalanraya


* memang sukar nak tengok penjaga ternakan gini sepanjang perjalanan



Perjalanan sepanjang menuju ke Mount Cook ni biasanya akan melewati pekan-pekan kecil sehingga ke Ashburton . Pergerakan mula terasa berbeza apabila melepasi pekan Geraldine yang mana kita akan menghala masuk ke kawasan-kawasan bukit sehingga ke pekan Fairlie yang mana merupakan pekan persinggahan bagi pemandu kenderaan berat. Tiada banyak perkara yang boleh dibuat selain dari menikmati pemandangan-pemandangan yang sentiasa berubah dari satu tempat ke satu tempat. Mulanya dari satu kawasan kering menjadi kawasan subur dengan tanaman hijaunya kemudian kawasan yang lembab dan menjadi kering pula. Subhanallah... Satu perkara yang saya ingat bahawa inilah keunikan di Selatan New Zealand. Cuaca 4 musim dalam masa satu hari ! 








'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal - Surah Ali-Imran ayat 190.'





Setelah hampir 2 jam setengah memandu, akhirnya kami tiba di Tasik Tekapo yang merupakan tasik kedua besar daripada tiga tasik utama di South Island ni. Ia meliputi kawasan seluas 83 km persegi dan ketinggian lebih kurang 700 meter dari aras laut. Tasik ni memang popular buat pelancong samada yang singgah ataupun tinggal di kawasan ini. Terdapat Hotel  serta Resort disediakan sepanjang persisiran tasik ini. 



* Pit Stop ..








* Lake Tekapo Sundial System
* Nak hilang stress?? Jom....haha.. betul-betul fresh..



Memang Tasik Tekapo ni terkenal dengan warna biru Turquois, hasil pancaran cahaya matahari di bawah batu tanah yang halus dan Glasier yang mencair. Asal perkataan 'Tekapo' ni adalah dari perkataan Maori.. Taka (Sleeping Mat) dan Po (Night). Pada  malamnya pula ramai pelancong akan berkunjung di sini.  'Star Gazing Spot' merupakan aktiviti yang popular di sini. Bagi penggemar fotografi.. disinilah anda perlu berada.

* Macam tak percaya tengok lukisan di depan mata...haha..

* Santai..


* Star Gazing


* Isi minyak sebelum menyambung perjalanan.


* Nak sewa chopper untuk scenic view pun boleh..
* Hot Chocolate spot

Kami berhenti berehat selama satu jam santai.. sambil makan serta minum kopi dari kiosk yang berhampiran. Rakan saya sudah mula berjinak-jinak dengan hidangan 'Hot Chocolate' di sini. Malah sepanjang pengembaraan beliau asyik tertanya-tanya tempat nak dapatkan minuman ni...hehe..





* Tiupan angin yang tak henti-henti boleh buat kulit jadi cepat kering..



































* Sesetengah jalan di tutup pada waktu tertentu. Jadi kena waspada..

Perjalanan diteruskan....



Dari Tasik Tekapo menuju ke Mount Cook perjalanan memakan masa selama 1 jam 45 minit mengikut kelajuaan kami. Sebelum menyusur masuk ke arah Taman Negara tersebut, kami perlu menyusuri Tasik Pukaki yang mana merupakan tasik terbesar di South Island ini.


* Menyusur masuk ke Lake Pukaki






* Pit Stop


*Simpang masuk


Sebelum meneruskan pejalanan masuk ke Mount Cook, sesekali kami singgah di beberapa tempat sambil mengambil udara yang segar. Kami juga berjumpa dengan pasangan Korea yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka semasa sesi Fotografi di pesisir Tasik Pukaki ni.. waa.. jauh jugak nak ambik gambar kahwin ni yea..hehe...
















* Dah tak jauh dahh...


* Wajah-wajah teruja..hehe..

Kami tiba di Aoraki National Park setengah jam kemudian.









Akhirnya setelah hampir enam jam kami bergerak, destinasi hari ketiga pun sampai. Kami check-in di Backpacker Lodge...






* Kaunter Daftar Masuk
* Koridor bilik














 





* Rehat lepas minum malam... Wifi ada...laju giler..hehe...


















Seperti biasa  selesai check-in sahaja, kami selelesaikan segala kewajipan serta berehat beberapa minit dan kemudian bersiap untuk meninjau-ninjau di kawasan persekitaran. Pada masa tu, cuaca hujan serta berkabus. Suhu pun mula turun dengan pantas. Kami redah jerr...
* The Hermitage Hotel

Kami singgah di Sir Hillary Edmund Alpine Centre yang mana cuma beberapa ratus meter jaraknya dari Hostel kami. Disinilah letaknya tugu beliau. Sir Hillary Edmund  merupakan orang tempatan yang pertama berjaya menawan Puncak Everest pada 29 Mei 1953. Beliau di lahirkan di Auckland, NZ dan percubaan ini adalah merupakan kejayaan beliau setelah melepasi 12 siri percubaan awal sejak tahun 1912? Di muzium ini juga dipamerkan peralatan yang sungguh 'klasik' digunakan oleh beliau semasa menawan puncak Everest. Kalau nak dibandingkan dengan peralatan masa kini memanglah terlalu jauh bezanya. Tapi..itulah yang dikatakan 'Cita-cita...






* Ruang Cafe



* Laluan ke Galeri Pameran




Selesai minum kopi serta meninjau di ruang Muzium, kami beredar dan memandu menuju ke kawasan Mount Cook iaitu sekitar 8 hingga 10 kilometer dari Muzium tersebut.


* Misi tercapai disini...
* Sebahagian dari lingkaran gunung




Beginilah suasana di sekitar kaki gunung....










Kami habiskan sisa-sisa waktu petang itu di sini. Pada musim bunga, salji di permukaan gunung sebahagiannya akan mencair dan mengalir ke arah tanah rendah lalu membentu satu tasik yang besar..manakala pabila musim panas pula, sebahagian dari tasik yang kering akan membentuk tanah kering yang lapang.

* Permukaan tasik yang kering..





* Blue Lake di atas Bukit...

Kalau musim salji, kawasan di sini memeng diselaputi penuh dengan salji. Sukarlah kami nak merayau-rayau sesenang hati di sini..haha...










* Air dari Salji yang mencair..

Selesai petang tu cuaca mula hujan. Kami balik ke Hostel mengemaskan barang-barang serta berkenalan dengan geng backpacker yang tinggal bersama kami. Memang lucu kalau nak cerita kat mamat Jepun nie.. dia kata dia stay kat situ lebih kurang 3 hari lamanya dan mengembara ke NZ selama 3 minggu. Bila dia tanya kat kami.. kami kata.. kita nak check-out dah esok...hahaha....



Bersambung.... New Zealand - 2014 ( Bhg 3:5 ).




No comments:

Post a Comment