New Zealand - 2014 ( Bhg 5:5 ) - Final.


Isnin ( 04.11.14 )

Hari Ke - 06 ( Queenstown - Christchurch ).

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bandar Queenstown. Memang sedih rasanya untuk meninggalkan bandar yang amat indah sebegini. Sempat kami membeli serba sedikit cenderahati serta pakaian untuk dibawa pulang. Sambil  bersiar-siar menghirup udara segar kami menghabiskan masa selama dua jam sebelum beredar. Suatu masa nanti saya pasti akan kembali..Insha Allah.




* Suasana Pagi.






* Membeli Cenderahati.
Dalam perjalanan panjang menuju balik ke Christchurch, kami singgah di suatu tempat yang amat terkenal dengan aktiviti ekstrem iaitu "Bunggy Jump".





















Pakej yang disediakan sebenarnya adalah berbeza-beza bergantung dengan pengunjung sendiri. Ini disebabkan ada diantara mereka inginkan rakaman langsung serta teknik yang berbeza-beza mengikut pengalaman masing-masing. Kos agak mahal memandangkan beberapa kawalan keselamatan yang perlu di ambil oleh pihak penganjur. Kami sempat merakamkan beberapa aksi pelawat sewaktu berkunjung ke situ.



Perjalanan diteruskan...



* Salji kelihatan pada bukit-bukit meskipun pada jam 0200 petang.


Keseluruhan perjalanan pulang kami ke Bandar Christchurch adalah melalui 80% jalan yang sama seperti sewaktu kami datang sebelumnya. Tapi uniknya kali ini kebanyakan bukit-bukit yang kami lalui tempohari telah di selaputi dengan salji di tengahari. Inilah istimewanya New Zealand.





* Singgah sebentar minum Kopi.



Tiba di Christchurch pada jam 0830 malam. Suasana sunyi sepi. Sebaik sahaja daftar masuk di Motel berdekatan dengan Lapangan Terbang, kami menyempurnakan segala urusan Ibadah serta makan malam yang ringkas. Keletihan membuatkan kami amat mudah melelapkan mata.


Selasa ( 05.11.14 )

Hari Ke - 07 ( Christchurch - Auckland ).

Berlepas ke Auckland sementara menanti penerbangan ke Malaysia pada keesokkannya pula. Kami bermalam di tengah kota Auckland. Queen Street Backpacker Hostel memang agar popular di situ.
Kehidupan yang amat berbeza sama sekali dirasai dibandingkan dengan penduduk luar bandarnya.
Sepanjang hari kami hanya berehat menikmati keindahan Kota Auckland ini.
















* Produk Silver Fern barangan rasmi keluaran All Black yang popular di sini.

* Terminal Jeti di waktu malam.

Kami berlepas ke Lapangan Terbang pada malam itu dan daftar masuk seawal jam 0930. Penerbangan kami berlepas pada jam 0130 pagi. Suatu pengalaman yang amat indah buat kami meskipun masa yang begitu singkat. Benarlah kata Pepatah Melayu... "Jauh Perjalanan Luas Pandangan"...

Wassalam.





No comments:

Post a Comment